jump to navigation

Al Sunnah Mac 28, 2007

Posted by mdshah in Islam untuk dummy.
add a comment

Telah lama tidak menulis kerana sibuk dengan urusan anak dan cucu yang berpindah ke Dharan, Saudi Arabia.

Baru sahaja mendengar kuliah mengenai Al Sunnah yang disampaikan olih pensyarah daripada UIA. Ilmu mengkaji hadith olih para ulama dibahagikan kepada dua: hadis riwayah dan hadis dirayah. Hadis riwayah ialah kajian yang meliputi perkataan, perbuatan, pengakuan dan perangai baginda rasul. Bidang hadis dirayah pula mengkaji tentang sanad(iaitu sequence siapa yang menyampaikan cerita mengenai nabi), untuk menentukan kecacatan dan kesahihan sesuatu hadis.

Sunnah didefinisikan sebagai hukum yang sumber nya bukan daripada Quran. Rasullullah s.a.w. dikatakan sebagai pembuat dasar tersebut, dan baginda digelar Musyarri. Pensyarah membahagikan lagi Sunnah ini kepada tiga bentuk: sunnah qauliyah, sunnah fi’liyah dan sunnah taqririyah. Bila saya renungi saya dapati definisi ini secara mudah bermaksud bahawa Sunnah ialah segala yang berkaitan dengan perbuatan, kata-kata atau perakuan rasullullah s.a.w.

Setelah hampir dua jam saya dapati para ulama banyak bermain dengan semantic dan istilah, apabila perkara yang dimaksudkan adalah sama belaka: sunnah, hadith, ijtihad, ijma’, syariah dan terkeluar juga istilah qanun.