Dr Asri sebenarnya pendokong fahaman wahhabi November 4, 2009
Posted by mdshah in Islam untuk dummy.Tags: Dr Asri, sunnah, wahabbi
add a comment
Agamawan traditional tidak berpolitik, kerana mereka mengikut adab dan menghormati alim ulama lain, tidak seperti Dr Asri yang rata rata suka mencemoh orang lain. Graduan pondok dikatakan orang yang gagal dalam bidang akademik, maka mereka masuk ke sekolah pondok dengan bangunan yang senget. Ini semua ada diceritakan dalam tulisan beliau.
Asri mempromosi ajaran wahhabi. Tetapi dia tidak mengaku, sebalik nya menuduh orang lain tidak tahu apa itu wahhabi. Wahhabi seperti beliau selalu menggembar gemborkan Islam ikut sunnah dan al quran. Tetapi hukum syarak Islam pada Ahli Sunnah wal Jemaah bukan sahaja terhad kpd dua sumber itu sahaja, tetapi termasuk juga ijma’ dan qias. Tanpa nya Islam tidak akan menjadi agama yang dinamik dan sesuai di sepanjang zaman.
Al sunnah dan quran itu adalah raw material untuk hukum syarak. Orang awam tidak mampu mengeluarkan hukum daripada nya. Imam imam mujtahid telah pun mengeluarkan hukum daripada nya dalam bentuk fiqh. Kata Nabi s.a.w. bahawa perkara yang telah disepakati ulama ijtihad itu ertinya bukanlah perkara yang sesat, contoh nya solat terawih 20 rakaat inilah ijma’ oleh imam yang empat. Tidak terdapat sumber daripada al quran dan sunnah bahawa mengambil dadah itu haram. Jadi, bagaimana kita dapat kesimpulan nya haram. Maka ulama mengambil qias daripada perkara yang memabukkan.
Berhatilah dengan wahhabi seperti Dr Asri yang hanya mempromosikan sunnah dan al quran sahaja sebagai sumber hukum hakam Islam. Wahhabi adalah political Islam yang diperkenalkan oleh British dan Yahudi kepada Muhammad Abdul Wahab dan keluarga Saud untuk menjatuhkan Empayar Osmaniah dan Islam dari dalaman. Akhirnya terbentuk lah negara yang bernama Saudi Arabia pada tahun 1932. Maka kerja kerja menghancurkan Islam ini berterusan hingga ke hari ini, termasuk lah didalam kerja dakwah Dr Asri.
Tamadun Islam dan wahhabi April 6, 2009
Posted by mdshah in Islam untuk dummy.Tags: Islam, salafi, wahabbi
add a comment
Istilah tamadun (atau dalam Bahasa Inggeris civilisation) boleh di ertikan sebagai satu proses yang membawa perubahan kepada tahap yang tinggi dalam masyarakat. Masyarakat yang sampai kepada tahap yang lebih tinggi didalam pembangunan ekonomi dan sosial nya juga membawa kepada sistem politik, perundangan dan perkembangan agama yang lebih kompleks. Islam telah mempunyai kerangka untuk masyarakat bersedia untuk menerima peningkatan tamadun masyarakat nya. Al quran dan al hadith merupakan panduan utama masyarakat Islam, dan jika tidak terdapat didalam nya maka kita menggunakan kias dan membuat ijtihad. Malang nya perubahan dan tamadun Islam yang mengkagumkan beberapa kurun sebelum muncul nya Ibn Tamiyah dianggap sebagai telah terkeluar dari akidah Islam oleh mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pembawa pembaharuan (tajdid). Seruan pembaharuan mereka ialah untuk kembali kepada al quran dan al sunnah, seperti yang diamalkan oleh ulama di zaman salafi. Oleh yang demikian istilah tajdid ini merupakan suatu contradiction atau percanggahan makna dengan seruan mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Amalan dan falasafah wahhabi di Saudi Arabia boleh di rengkaskan dengan peristiwa berdarah pada bulan November tahun 1979 di masjidil haram. Satu malam ketika orang ramai sedang mengelilingi ka’abah, datang se kelompok pengikut setia wahhabi, dengan senjata api disorokan didalam pakaian thobe mereka. Ketua mereka bernama Mohammad al Qatani menggelarkan diri sebagai imam mahdi yang datang untuk membersihkan Islam dari terus tercemar. Mereka menuduh kerajaan Saudi bersekongkol dengan Kristian, menyebabkan perbalahan antara orang Islam dengan membenarkan Islam di tafsirkan dengan berbagai aliran dan membawa masuk TV dan film ke Saudi Arabia. Kota Mekah telah dikepong oleh tentera dan pasukan keselamatan. Tetapi sebelum mereka dihapuskan, mereka perlu dijatuhkan hukuman dahulu. Abdul Aziz bin Baz, Mufti Saudi Arabia ketika itu telah menjatuhkan hukuman mati kepada mereka setelah tuduhan pemberontak ini dibacakan kepada beliau. Bin Baz bersetuju dengan tuduhan pemberontak ini, kecuali beliau tidak bersetuju bahawa perkara seperti ini berlaku di Saudi Arabia. Pemberontak ini akhir nya dihapuskan dengan kawasan ka’abah dibanjirkan dengan air. Wahhabi menafikan sejarah, bahawa Islam telah berkembang di segala penjuru dunia dan telah melalui pelbagai zaman dan tamadun sebelum kemunculan Ibn Tamiyah. Islam, pada mereka hanya perlu ditafsirkan daripada sumber al quran dan al hadith mengikut cara zahir. Pengajian Islam seperti di Universiti Medinah, umpamanya, mengajar pelajar nya untuk taat setia yang tidak berbelah bagi dengan guru guru mereka dan fahaman yang diajarkan. Kesetiaan ini banyak mengandungi unsur unsur atau sifat kesetiaan tribal. Sesiapa sahaja yang berbedza pendapat dengan mereka adalah seakan berada di luar kawasan tribe mereka, dan dengan itu dianggap musuh mereka. Musuh mereka ini bukan sahaja terdiri daripada orang orang bukan Islam, tetapi termasuk juga orang Islam yang tidak menunjukkan taat setia kepada fahaman wahhabi. Jika kita teliti sikap AJK wahhabi Surau al Muhajirin Taman Sri Ukay, ia menampakkan ciri ciri wahhabi sejati, dengan sikap “you are either with us or you are against us”.
Islam di Nusantara bukan dibawa oleh pedagang India April 3, 2009
Posted by mdshah in Islam untuk dummy.Tags: Islam, wahabbi
add a comment
Mengikut Abdullah Yassin Islam yang diamalkan di Nusantara adalah dibawa oleh pedagang India, dan dengan nya banyak membawa unsur unsur bid’ah dan kufur. Tambahan lagi sebelum kedatangan pendakwah daripada India, orang orang di Nusantara menganut sama ada agama Hindu atau Buddha atau animistic. Beliau memetik sumber sejarah ini daripada buku buku yang ditulis oleh sarjana barat atau orientalis.
Dr Hamka didalam bukunya Sejarah Umat Islam berkata orientalis berusaha untuk menafikan bahawa agama Islam madzhab Shafie telah dibawa oleh orang orang Arab ke Nusantara, dan tujuan mereka ialah untuk mengurangkan keyakinan akidah orang orang Melayu yang sukar dikuasai penjajah. Begitu juga Prof Dr Syed Naguib telah memberi hujah bagaimana pendakwah Arab telah membentuk corak agama di alam Melayu ini dengan kitab kitab yang ditulis oleh pengarang Arab, bukan India. Hasil nya kitab kitab yang dikarang oleh ulama ulama tersebut menggunakan huruf jawi. Pedagang Arab juga pada kurun ke 13 yang datang ke Nusantara telah pun mempunyai perkampungan di Gujarat India, dan mereka ini juga yang telah mengembangkan mazhab Shafie disana. Oleh itu tidak hairanlah maka banyak persamaan amalan mazhab Shafie di Gujarat dan di Nusantara.
Kerajaan Islam pertama di Nusantara ialah di Pasai (Aceh), pada kurun ke 13, mengambil mazhab Shafie sebagai mazhab resmi kesultanan tersebut, dan ianya diperkenalkan oleh utusan Syarif Mekah( Syarif ialah gelaran pemerentah di Hijaz yang memerentah Mekah dan Madinah. Mereka terdiri daripada ahlul bait, keturunan rasullulah). Kemudian pada kurun ke 17 Islam disebarkan dengan meluas oleh ulama ulama daripada Hadhramaut, Yemen. Mereka ini pula mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menunaikan fardhu haji dan menuntut ilmu di Yemen, Mekah, madinah, Mesir dan Syam.
Kesimpulan nya ialah orientalis barat masa lampau telah berjaya memesongkan fakta sejarah Islam dirantau ini, dan ianya pula diterima bulat bulat oleh penceramah wahhabi . Penceramah wahhabi masih lagi menganggap bahawa orang Melayu masih lagi belum terlepas dari belenggu bid’ah dan syirik. Ini samalah seperti usaha Yahudi dan Nasrani untuk memecah belahkan orang Islam dengan menyebabkan timbul kesangsian orang orang Melayu yang beriktikadkan mazhab Shafie dan mazhab akidah mereka dengan mazhab Asya’irah.
Abdullah Yassin di Masjid ibnu Sina Titiwangsa Februari 16, 2009
Posted by mdshah in Islam untuk dummy.Tags: Islam, salafi, wahabbi
add a comment
Saya telah dijemput ke majlis tahlil di rumah kawan di Taman Titiwangsa. Mengikut program asal majlis akan bermula dengan ceramah oleh Ust Abdullah Yassin mulai jam 2.30, 15 Februari. Tetapi seperti yang telah saya duga majlis bermula dengan tahlil kemudian baru diikuti dengan ceramah, kerana Abdullah Yassin datang apabila majlis tahlil hampir tamat, kerana beliau memang telah diketahui umum telah melabelkan amalan membaca tahlil ini sebagai perbuatan bid’ah.
Kebetulan rumah ini tidak jauh daripada masjid ibnu sina, maka kesemua upacara diadakan dimasjid kecuali jamuan makan sesudah solat asar dibuat dirumah beliau.
Ceramah Abdullah Yassin ialah mengenai akidah. Bukan sahaja topik ini kontroversial tetapi persembahan nya memang lancar. Saya mesti beri pujian kepada kebolehan beliau.
Beliau memulakan ceramah beliau dengan menceritakan bahawa manusia ini dibahagikan kepada mereka yang mempunyai jalan hidup yang lurus dan mereka yang diselubungi dengan kelompok hitam dihatinya. Golongan kedua ini adalah mereka yang perlu minta keampunan daripada Allah s.w.t. keatas dosa nya yang telah terkumpul dengan bertaubat.
Ini jelas beliau tidaklah seperti orang Kristian yang bisa diampunkan oleh padri dibelakang tabir di gereja.
Inilah tambah beliau perbezaan nya diantara Kristian dan Islam. Kita meminta pengampunan keatas segala dosa kita terus kepada Allah. Kita masih lagi boleh masuk syurga, walaupun indirect, apabila kita mensucikan diri kita dari dosa kita termasuk dosa syirik. Melainkan syirik yang telah di lakukan oleh umat itu tidak diampunkan, atau ianya terus diamalkan sehingga sudah nazak. Lalu beliau sokong hujah hujah ini dengan meminta hadhirin yang hadhir membaca sama ayat 53 hingga 55 Surau Azzumar dimana Allah menyeru umatnya jangan berputus asa, jangan frust kata Abdullah Yassin, jika telah banyak melakukan kesalahan termasuk syirik kerana Allah sedia mengampunkan umat nya. Tetapi ini adalah kelonggaran untuk umat manusia yang mempunyai tauhid dengan Allah.
Maka bermulalah takrif syirik dan tauhid oleh beliau. Contoh syirik yang dihuraikan masih lagi yang belum kontoversial, iaitu setakat menceritakan mereka yang tidak sembuh daripada terminal illness yang terus mencari perubatan alternatif dengan melawat bomoh untuk rawatan.
Apabila menghuraikan tauhid maka muncul lah pembahagian tauhid itu kepada tiga jenis: rububbiyah, asma wal sifat dan uluhiyyah.
Beliau berkata Ah Chong, orang Kristian dan sebagai nya percaya bahawa bumi kita ini dijadikan oleh ‘Tuah Alah’, beliau mengejekkkan telo China tua. Ini kata beliau ialah tauhid orang kafir yang melakukan syirik dengan menyembah perantaraan seperti patong dsb nya. Makna nya kita orang Islam jangan lah berpendapat bahawa dengan bertauhid sahaja sudah mencukupi, kerana orang orang kafir juga mempunyai tauhid.
Asma wal sifat itu pula kata beliau ialah nama dan sifat Allah yang banyak, yang membuktikan tuhan itu ada. Ia seperti nama nama Allah yang disebutkan dalam asma ul husna, dan beliau bertanya hadhirin “Ada berapa nama nama Allah bapak bapak dan ibu ibu?”. Tentulah jawapan nya sembilan puluh sembilan, ertinya bukan dua puluh seperti yang kita pelajari mengikut fahaman mazhab akidah Asya’irah.
Oleh yang demikian apa dia akidah atau tauhid orang orang Islam? Jelas beliau tauhid orang Islam ialah tauhid uluhiyah, sebagaimana yang diturunkan kepada semua rasul rasul, termasuk yang diturunkan kepada nabi Mohammad s.a.w., dengan kalimah shahadat!
Saya tidak faham mengapa penerangan mengenai akidah boleh dibuat berbelit belit manakala kita tahu makna dua kalimah syahadat itu. Seperti yang dipersetujui umum oleh ulama ulama besar Islam bahawa tidak terdapat dalil untuk membahagikan tauhid kepada tiga bahagian tersebut. Tetapi ia telah menjadi jentera pejuang wahhabi untuk mengklasifikasikan orang orang Islam yang mengikut mazhab sebagai orang yang telah melakukan syirik dan dengan itu dikafirkan oleh mereka. Konsep ini digunakan Mohammad Abdul Wahab, yang mengambil ilmu nya daripada Ibnu Tamiyah, untuk menumbangkan Kerajaan Uthmaniah di Mekah dan Madinah, dan kemudian terbentuk nya negara Saudi Arabia pada tahun 1936 dengan fahaman wahhabi. Maka inilah dia injin radikalism dan keganasan Islam yang dapat dibangkitkan oleh ajaran wahhabi sehingga dapat membentuk sebuah negara. Kesemua ini dapat berlaku dengan sokongan kuasa Barat dan Yahudi yang telah menggunakan Ibnu Saud dan Mohamad Abdul Wahab untuk menumbangkan empayar Islam yang terakhir, Empayar Uthmaniah. Buat permulaan Abdullah Yassin telah cuba menguasai minda penduduk elit Taman Titiwangsa.
Sebagai kesimpulan Abdullah Yassin berkata bertaubat daripada dosa besar seperti syirik itu perlu bukan sahaja dengan beristighafar, tetapi dengan memberhentikan segala perbuatan dosa dengan serta merta, dan tidak akan diterima apabila taubat itu apabila telah sampai nazak. Matalamat kita dijadikan Allah ialah untuk beribadat dengan Allah sahaja iaitu dengan tauhid uluhiyah. Apa pun yang kita lakukan kita perlu ikut nabi Muhammad sebagai role model kita seperti yang disebut didalam ayat 21 surah Al Ahzab. Tegas beliau lagi amalan kita mesti ikut cara rasulullah, kerana beliau telah diajarkan oleh malaikat jibrail. Kemudian nya beliau mengajarkan kepada sahabat sahabat, dan seterusnya kita pula ikut cara nabi juga. Maka disini lah bibit bibit penolakan amalan ikut mazhab, dengan secara subtle, untuk mula diperkenalkan. Jika beliau terus dibenarkan memberi ceramah di Masjid Ibnu Sina ini maka akan bermula lah perpecahan kariah disitu, jika tidak serta merta, maka ia akan berlaku didalam masa beberapa tahun: dengan pembida’ahan bacaan tahlil, talqin, wirid beramai ramai,bacaan qunut, tashahud dengan memusing musingkan telunjuk dsb nya.
Dr Hassan Ali is a hard core wahhabi November 28, 2008
Posted by mdshah in Islam untuk dummy, wahhabi.1 comment so far
I was looking for an audience with YB Hassan Ali, Wakil Rakyat PAS for Gombak, to find ways to break the impasse on the issue of wahhabi practice at the surau in my housing estate.
However yesterday I was in a state of shocked to discover, by his on admission, that he is a full fledged wahhabi. He stated categorically that he admired Abdullah Yassin preaching and was impressed with the latter. Abdullah Yassin, he said must have done something right with throng of people coming to his majlis ilmu at KGPA(Kelab Golf Perkhidmatan Awam). This statement was made in front of the Mufti, and other state religious leaders in his capacity as Selangor State Exco in charge of Islam.
He was also not impressed with the state law, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, for dictating that only hukum syarak based on mazhab shafie is acceptable in Selangor, when wahhabi theology is pure and unadulterated.
It is a sad day for Malaysia, and Islam in particular, for having a law maker who is disrespectful for the law that he was tasked to enact. It is no different from a criminal gang leader who claimed his way is better for the public.
If the law do not suit PAS religious belief he should table the Enakmen for amendment in the State Legislative Assemby instead of mocking it.
Penguasaan kumpulan wahabbi di Malaysia Ogos 22, 2008
Posted by mdshah in Islam untuk dummy.Tags: salafi, wahabbi
add a comment
Apa yang berlaku di surau di taman kediaman saya, yang disifatkan oleh sebahagian pemerhati sebagai kubu pendakwah wahabbi, telah menimbulkan kegelisahan kepada penduduk Islam setempat. Mereka sekarang merasa terpinggir, kerana ahli jawatankuasa surau telah dikuasai oleh pengikut ajaran sesat ini.
Tidak hairan lah beberapa orang penduduk telah mengadakan perbincangan cara bagaimana mereka dapat menggunakan surau penduduk ini untuk kerja ibadat harian mereka tanpa bid’ah yang diperkenalkan oleh pendakwah wahabbi.
Didalam perbincangan tersebut seorang daripada mereka telah memberikan sedikit latar belakang mengenai sejarah perjuangan wahabbi yang giat berkembang di semenanjong Arab(sebuah negara bernama Saudi Arabia belum lagi timbul waktu itu) antara kurun 14 hingga kurun 17. Secara ringkas nya ia di asaskan oleh Imam Mohamad Abdul Wahab pada kurun 14, dan untuk memperkembangkan ajaran nya, beliau telah bergabung dengan pemimpin puak (tribal) daripada keluarga Saud. Secara umum nya ajaran beliau, kelihatan meyakinkan, ialah untuk memperbetulkan akidah orang orang Arab yang pada masa itu dianggap telah terpesong. Antara cara yang digunakan ialah untuk menghapuskan amalan amalan yang telah diperkenalkan oleh imam imam mazhab. Ajaran beliau telah diperkembangkan dengan menguasai suku kaum (tribe) yang lain sehinggalah terbentuk nya Saudi Arabia. Ia nya tidak lain adalah satu bentuk perjuangan politik, sehingga ianya mendapat sokongan penjajah Inggeris yang pada ketika itu sedang bertarung dengan kerajaan Ottoman. Perjuangan wahabbi bersifat ganas, membunuh dan menghapuskan golongan yang tidak menerima ajaran mereka, dan sehingga makam dan tanda tanda perkembangan Islam, seperti makam nabi, rumah saudara mara nabi, juga dihapuskan.
Fahaman wahabbi ini telah menjadi sebagai satu sistem politik dan kenegaraan Saudi Arabia, dimana golongan elit yang terdiri daripada keluarga diraja kukuh untuk meraih kemewahan hasil minyak dan golongan wahabbi bebas menentukan amalan yang boleh diterima. Dengan kekayaan daripada hasil minyak Saudi telah dapat memperkemkangkan fahaman ini diperingkat global.
Sistem kerajaan dan pentadbiran ugama yang mengongkong di Saudi Arabia pada hari ini telah menjadikan masyarakat nya “confused”. Keluarga diraja telah mula merenggangkan diri dari ulama ulama, dan mendapatkan legitimacy mereka daripada Amerika, kerana adalah tidak lojik jika keluarga ini boleh mendapat sokongan daripada kedua dua nya serentak. Ajaran wahabbi, sebagai pergerakan golongan salafi, ialah untuk kembali kepada ajaran Islam yang asal, seperti yang diamalkan dizaman rasullulah. Ianya tidak boleh dicampur aduk, “adulterated” seperti budaya daripada dunia kapitalis yang bertuhankan kepada materialisma. Sebalik nya hari ini, kawasan sekitar kaabah telah dipenuhi dengan pusat membeli belah yang menjual barangan jenama dari Amerika dan Eropah, yang kebanyakkan nya dikuasai oleh kaum Yahudi. Belia Saudi pula semakin ramai dihantar belajar di Amerika, sejak diperengkat sekolah menengah, dan jumlah nya lebih besar jika dibandingkan dengan era sebelum Sept 11.
Apa yang berlaku dengan perkembangan fahaman wahabbi di Malaysia, yang dibawa oleh pendakwah tempatan dan dibiayai oleh Saudi Arabia, juga seperti yang berlaku di Saudi Arabia dahulu. Golongan ini akan mengistiharkan fahaman selain daripada fahaman mereka sebagai fahaman sesat. Mereka sedar bahawa istilah wahabbism itu tidak dapat diterima oleh masyarakat, maka mereka menggelarkan fahaman mereka sebagai fahaman salafi. Sebenar nya mereka membuat ijtihad mereka sendiri, kerana tidak mungkin mereka lebih mengetahui tentang amalan rasul dibandingkan dengan Imam imam mazhab dan imam bukhari.
Saya tidak sama sekali meragui bahawa gulungan ini adalah gulungan sesat, kerana kebanyakan perlakuan mereka seperti yang berlaku di Saudi Arabia adalah bersifat anti Islam.
Debat Anwar dengan Ahmad Shabery Julai 18, 2008
Posted by mdshah in Uncategorized.Tags: anwar, harga petrol, malaysia, shabery, subsidy
add a comment
| Anwar | Shabery |
| Pengurangan serta merta harga minyak sebanyak 50 sen akan mengakibatkan kos sebanyak RM 5 billion setahun kepada kerajaan
Harga minyak tinggi adalah kerana kerajaan tidak cekap menguruskan ekonomi, akibat rasuah, kebocoran dan cronyism Harga minyak yang tinggi menambah beban kepada gulungan berpendapatan rendah terutama nya bumiputera baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Ia menyebabkan kadar inflasi yang meningkat. Anwar menepis jawapan Shabery, dimana beliau mempersoalkan lojik teori ekonomi yang dapat menunjukan inflasi adalah tinggi apabila harga runcit minyak rendah. Petronas sebagai sebuah syarikat yang meraih keuntungan yang baik dapat membantu untuk mengurangkan harga runcit petroleum yang lebih rendah . IPP adalah contoh salah guna kuasa oleh kerajaan dimana mereka telah memperolehi keuntungan yang besar dengan bantuan subsidi gas daripada Petronas dan harga jualan letrik yang tinggi kepada TNB. Jika PR membentuk kerajaan ia akan ambil balik keuntungan ini, dianaggarkan lebih kurang RM 2 billion setahun. Ini boleh digunakan untuk menurunkan harga runcit petroleum. Anwar menafikan yang beliau bersetuju dengan konsesi yang diberikan kepada IPP. Beliau tidak percaya kepada konsep “collective responsibility” sebagai anggota kabinet. Anwar tidak bersetuju pendapat yang mengatakan rizab minyak negara akan berkurangan, sebab tidak ada laporan yang sahih mengenai nya. Pada beliau minyak adalah sumber alam yang bukan “finite”, beliau menyebut laporan tahunan Petronas yang mengatakan negara hanya akan menjadi “net importer” jika telaga minyak baru tidak diperolehi dalam tempoh 10 tahun. |
Pengurangan sebanyak ini akan menelan kos subsidi sebanyak RM 50 billion kepada kerajaan.
Harga minyak tinggi adalah fenomena global. Negeri kaya minyak seperti Norway dengan indeks integriti yang tinggi pun berdepan dengan harga runcit petroleum yang tinggi. Inflasi yang tinggi juga berlaku di negara negara dimana harga minyak jauh lebih rendah daripada Malaysia. Contoh nya Venezuela, Saudi Arabia dan Iran. Kerajaan dapat mengurangkan tekanan inflasi dengan cara lain, akibatnya harga makanan seperti beras di Malaysia adalah lebih murah daripada negara pengekspot, Thailand. Keuntungan yang diperolehi oleh Petronas telah disumbangkan dalam bentuk dividen dan royalti kepada kerajaan. Ianya telah membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek untuk semua gulungan masyarakat. Jika ianya digunakan untuk menampong subsidi minyak, sudah pasti projek pembangunan lain terjejas. Kontrak yang dibuat dengan IPP itu dibuat semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan jika ada penyelewengan maka Anwar adalah juga bertanggung jawab keatas nya. Rizab minyak Malaysia adalah kecil dan semakin merosot dan kita akan menjadi pengimpot bersih minyak mulai tahun 2015. Apabila ini berlaku kita lebih bersedia dan tidak lah perlu menaikan harga runcit minyak dengan mendadak pada waktu itu. |
Analisa perdebatan
Didalam masa yang suntuk, kurang sedikit dari satu jam, maka persembahan dan penjelasan fakta dengan cara yang meyakinkan penonton, terutama nya mereka yang tidak mempunyai latar belakang ekonomi dan pengetahuan mengenai sektor petroleum, tidak mungkin dapat dilakukan.
Oleh yang demikian penghujah yang dapat memberikan harapan yang mereka akan mencapai keselesaan hidup, terutama nya dengan pengurangan harga runcit petrol, sudah tentu akan mendapat sokongan penonton, walaupun wawasan itu tidak viable. Tidak hairanlah jika persepsi tentang prestasi Anwar adalah lebih menyerlah daripada prestasi Shabery, ini kerana apa yang Shabery perkatakan tidak akan mengubah keadaan. Shabery telah gagal menjelaskan bahawa kerajaan masih lagi memberi subsidi, walaupun harga runcit petrol adalah lebih tinggi. Apa yang dilakukan kerajaan hanyalah pengstrukturan subsidi dimana faedah nya diberikan kepada golongan kelas menengah dan kebawah menurusi rebet.
Pada umum nya Anwar memperakui kehandalan Petronas sebagai sebuah syarikat yang berjaya dan mempunyai reputasi antarabangsa. Keuntungan dan perolehan Petronas dari merata dunia boleh digunakan untuk membantu rakyat dengan pengurangan harga runcit petrol, tidak ubah seperti seekor “golden goose”. Secara implicit nya mengikut Shabery itu adalah bukti kejayaan kerajaan BN.
Mengenai keuntungan IPP yang berlebihan, sebagai punca kenaikan tarif letrik, Anwar salahkan kerajaan BN kerana rasuah. Sistem kerajaan kita dimana amalan “collective responsibility” adalah satu bentuk institusi, maka Anwar yang menganggotai nya pada waktu itu tidak boleh mengelak daripada bertanggung jawab kepada salah laku yang disebutkan beliau. Ianya tidak ubah seperti meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri.
Apa yang penting didalam hal IPP, seperti yang dicadangkan oleh kerajaan ialah mengenakan “windfall tax” keatas syarikat syarikat ini. Mengkaji semula konsesi dan membatalkan perjanjian yang telah dibuat, walaupun ianya berat sebelah, hanya boleh dilakukan jika kerajaan tidak menghormati undang undang, tuduhan yang dibuat oleh Anwar semasa perdebatan bahawa kerajaan tidak patuh kepada ‘the rule of law’ dan mengamalkan perinsip ‘good governance’.
Mengenai hujah Anwar bahawa teori ekonomi songsang yang digunakan Shabery iaitu harga petrol rendah adalah punca inflasi, ia menunjukkan kepintaran Anwar menggunakan perkataan untuk mengaburi penonton yang naive. Disinilah kekurangan Shabery, mungkin ini kerana ia bukan perdebatan bersifat akademik, tetapi bersifat politik dimana beliau kurang berjaya menerangkan secara jelas tentang subsidi barang makanan yang diberikan oleh kerajaan membolehkan kadar inflasi di Malaysia jauh lebih rendah dibandingkan dengan situasi, umpamanya, di Saudi Arabia.
Kesimpulan nya, tidak kira siapa yang memerentah Malaysia, harga minyak tidak akan dapat diturunkan tanpa menyebabkan kerajaan dan negara bankrap dalam masa yang sengkat. Disinilah ketepatan pendapat Anwar bahawa ekonomi Malaysia akan hancur selepas tiga bulan saya memerentah, jika saya jadi PM.
Azan pada anak baru lahir tidak berasas April 6, 2008
Posted by mdshah in Islam untuk dummy.Tags: cukur jambul, Islam, sunnah
3 comments
Pagi ini saya telah dijemput kerumah rakan untuk majlis aqiqah untuk cucunya yang baru lahir.
Majlis aqiqah ini memang berlainan daripada yang pernah saya hadhiri. Pertama sekali tidak terdapat upacara cukur jambul ( mungkin telah dibuat oleh keluarga, kerana bayi telah berumur dua minggu). Kedua nya majlis ini bermula dengan kuliah oleh ustaz (saya tidak tahu nama nya) mengenai cara yang betul meraikan bayi yang baru lahir. Ketiga nya ustaz ini mengatakan bahawa melaungkan azan dan iqamah ketelinga bayi yang baru lahir ini adalah bersandarkan hadith yang bukan sahih. Tambah beliau kita perlu terima pendapat baru yang dapat membuktikan amalan lazim kita itu salah, kerana pada pandangan beliau membuat sesuatu yang bukan diperentahkan nabi adalah berdosa dan akan ke neraka akhir nya.
Kebiasaan nya kita memberi tahniah kepada kepada ibu bapa bayi yang baru lahir kerana dikurniakan cahaya mata. Tetapi mengikut ustaz ini cara yang betul, mengikut sunnah nabi, ialah pertama nya ialah meminta restu Allah swt. Keduanya membacakan doa seperti yang dituturkan oleh nabi (kebetulan beliau membawa kitab, yang mengikut nya, mengandungi 219 doa yang dilafazkan oleh nabi). Ketiganya meminta dilindungi daripada tiga kejadian (saya dapat ingat dua sahaja): jangan dicederakan oleh binatang buas, dan jangan diganggu sihir. Jika terkena sihir kepada bayi ini maka perlu di jampi untuk menghalau gangguan sihir ini.
Upacara tahnik, menjamahkan buah kurma, dilakukan oleh nabi dan baginda mengikut beliau mengunyah kurma tersebut dan kemudian akan mengeluarkan nya untuk dihulurkan bukan pada lidah tetapi pada langit langit rongga mulut bayi tersebut. Tetapi dalam perkara ini pula, perbuatan nabi mengunyah buah kurma atau tamar tidak pula perlu diikut.
Saya dapati kuliah ini bukan sahaja controversial dan contradictory malahan ianya adalah trivial. Ianya tidak lansung dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai Islam, dan tidak juga akan menguatkan aqidah saya.
Kuasa kerajaan tempatan tanpa had Mac 30, 2008
Posted by mdshah in MPAJ.add a comment
Artikel oleh Zarinah Anwar didalam the Star hari ini sungguh menarik. Walaupun beliau menarik perhatian kita bagaimana dominasi UMNO, seperti juga parti politik lain yang dominan di India, Jepun dan Taiwan, berakhir juga oleh kerana penggunaan kuasa yang berlebihan. Dengan lain lain perkataan parti dominan telah menabur benih kemusnahan nya sendiri apabila mereka kesempatan menyalah gunakan kuasa, dan selain daripada menyebabkan kebencian orang ramai, ia nya juga telah menjadi punca kepincangan dalam parti itu sendiri.
Petikan berikut menggambarkan bahawa kekecewaan bukan sahaja dirasai oleh rakyat miskin, malah dirasakan juga oleh orang yang bergelar Tan Sri, Dato, dan gulungan professionals. Betapa mereka juga tidak berupaya berlawan dengan kuasa sakti parti pemerentah yang melaungkan kejayaan mereka membawa pembangunan kepada semua.
At the local level, my pro-establishment neighbourhood saw its green lungs disembowelled for a mini-Manhattan of skyscrapers, a hotel and shopping complex in the heart of Pusat Bandar Damansara (PBD).
A strip of green hill along Jalan Beringin, which was preserved as a green lung in the original development plan because of its steep gradient, was stripped bare to build multi-million dollar bungalows.
All protests by the community fell on deaf ears as the combined might of City Hall and greedy developers railroaded neighbourhood associations. A meeting at City Hall between the residents association and the developers was deliberately scheduled for the day after Christmas, without prior notice to the residents association.
Thus our voice went unheard, approvals were finalised, and the tree cutting and earthworks began almost immediately.
At a May protest rally against the intensive development in PBD, the Tan Sris, Datuks, and professionals of Damansara, many of whom were Umno, MCA and Gerakan members, were already talking of boycotting the elections or spoiling their ballot papers; many then could still not bring themselves to vote for the Opposition.
But the warning was clear. “Don’t turn us into your enemy,” one Umno member boomed at the rally.
The belief that the mighty BN could never fall because it controlled all levers of power, and the Opposition could never win because it was an unviable alternative, has bred an arrogance of power among many in Government that bordered on contempt for dissenting sentiment.
Many BN political leaders responded to protests and criticisms by taunting the electorate to vote them out if we did not like their policies; they contemptuously dismissed human rights and women’s rights activists by telling us that our voice and our issues did not matter to their constituents in the kampung. When it suited them they saw themselves only as jaguh kampung, conveniently ignoring the national agenda and the national mission.
Kemampuan kakitangan MPAJ yang menakjubkan Mac 28, 2008
Posted by mdshah in MPAJ.Tags: corruption, incompetent civil servant, local government, MPAJ, oligarch
add a comment
Saya tidak faham bagaimana sebuah kerajaan boleh menggubal undang undang dimana mereka boleh didenda, dengan jumlah yang tidak termasuk akal, jika mereka tidak luluskan pembangunan yang dicadangkan oleh sebuah syarikat hartanah swasta. Jika ianya benar, iaitu terdapat peruntukan denda berat keatas kerajaan, ini bererti kerajaan yang ada sekarang telah menggali lubang kubur nya sendiri. Jika demikian halnya maka harapan kita kepada sebuah kerajaan yang boleh menjaga kepentingan awam adalah seperti pagar makan padi.
Apabila seorang pemimpin dengan terang terang melanggar undang undang, seperti yang dilakukan oleh allahyarham Zakaria Deros, boleh dikatakan beliau terlepas daripada denda yang setimpal. Tetapi MPAJ pula, mengikut kata mereka sendiri, takut terjebak dengan denda yang besar akan menimpa mereka jika mereka melanggar undang undang.
Mengikut precedent undang undang, MPAJ boleh mendapat perlindungan(immunity) jika terdapat kemusnahan harta dan nyawa awam akibat pembangunan hartanah, seperti yang diputuskan oleh mahkamah berhubung dengan kes Highland Tower. Sementara itu pemilik rumah di Zooview juga nampak nya tidak mendapat hak seperti yang diberikan kepada syarikat pembangunan hartanah. Tetapi mengapa pula secara tiba tiba immunity yang telah diberikan kepada MPAJ oleh mahkamah tinggi telah lesap begitu sahaja. Ini membuktikan yang misi utama MPAJ ialah untuk menjaga kepentingan oligarch dan kroni.
Didalam kes pembangunan bukit disekeliling Taman Hijau, MPAJ telah menjelaskan bahawa hujah penentangan oleh penduduk sekeliling adalah tidak jitu. Dengan lain lain perkataan penduduk setempat telah tidak mengemukan lapuran teknikal untuk membuktikan kelemahan projek yang dicadangkan. Sungguh malang bagi rakyat Malaysia, kerana MPAJ telah membuktikan bahawa misi mereka bukanlah untuk melindungi penduduk dikawasan tadbirnya. Hujah mereka ialah penduduk mesti menjaga hak mereka sendiri: buat kajian teknikal sendiri dan pergi ke mahkamah dengan hasil kajian itu dan berdoalah semuga mahkamah akan dapat memberikan keadilan kepada mereka (tetapi adakah kita percaya dengan ketelusan mahkamah berpandukan kepada perisitwa VK Lingam?).
Berikut ialah jawapan yang diberikan oleh MPAJ berhubung dengan peristiwa yang saya tulis terdahulu:
Residents can still oppose hillside development
PETALING JAYA (March 27, 2008): The two hillside developments in Bukit Antarabangsa – which falls within the Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ)’s jurisdiction – were approved by the local authority, after an initial approval by the state government’s Environment-Sensitive Committee chaired by the State Secretary.However, all hope is not dead for the residents who can still oppose the endorsement plan at the Selangor Appeals Board within the 30-day time frame stated in the notice disseminated by MPAJ.
The council’s Urban Planning Unit director Awang Mustapha Mohd Yunus said the projects – one involving 194 bungalows and 410 shops and office units in Taman Hijau and another involving 21 terrace houses and a pump station in the Taman Kelab Ukay vicinity – underwent thorough standard procedures after the state government’s initial approval.
“The procedures involve the application for the proposed development to undergo studies and inspections by the technical departments before an approval by the One-Stop-Centre (OSC),” he said, in a telephone interview, today.
Awang Mustapha added that objection hearings for neighbouring residents were not excluded from the mechanism.
“However, we approved the projects because there was nothing concrete to reject them but if the residents nearby feel upset with our decision, they can raise their objections at the Appeals Board, which is chaired by a judge,” he said.
Residents were concerned about its location of the Taman Hijau 24.945ha development proposed by Malaysian Alliance Assurance (MAA) , seeing the need to protect green lung.
“The project was vetted through by technical departments like the Drainage and Irrigation Department, Public Works Department’s Slope Unit, the Mineral and Geoscience Department and even Public Works Institute (Ikram).
“If MPAJ rejects the proposal without substantial reason, we can be served by MAA with a Notice of Purchase and MPAJ would have to pay RM290 million – three times the council’s annual income,” Awang Mustapha explained.
The second project which was proposed on a 0.748ha plot of land, he clarified, did not involve bungalows but terrace houses.
“The residents raised concern on the level of pollution and the fact that it involves an oxidisation pond but the Lembah Langat Development Sdn Bhd clarified that there is buffer between the areas,” he said.
However, Awang Mustapha said, the council and technical departments agreed that there was no substantial reason to reject the application.
“The ball is now in the residents’ court for them to raise substantial objections at the Appeals Board,” he added.
On Thursday, Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim questioned MPAJ’s approval of the developments right after the general election.
Khalid said the new state government will review them in line with its policy on hillside developments and the concerns of the residents were being considered.


